Thursday, 21 April 2016

Hajat

Assalamualaikum.

Before anything, picture time dulu. Gambar hujung minggu yg lepas. Jalan2 shah alam tanpa tujuan. Ada 1 tujuan tapi tak tercapai, terpesong jaoh. Duet oh duet hilang mcm tu je dek shopping.

Setia city mall. Tak picnic pon, tgh panas terik.

Big bubbles. Byk takjadi woii pecah2.

Taknak bagi masuk sudah, huh.


Laman seni Seksyen 7 SA.

Paradigm Mall PJ. Tertengok dengan mata sendiri. Mmg tak boleh tgk org pukul2 secara live, dlm TV boleh.


Banyak hajat yg nak dicapai sementara hidup ni. Yalah siapa yg nak hidup yg sia sia. Setakat ni belum pon separuh yg dicapai. Sebab apa yg kita hajati sentiasa diperbaharui, tak gitu. Memang takkan habis la nak list semua. Tapi at least capai yg penting2 dulu la kan.

EN belum pon capai kejayaan yg betul2. Kejayaan yg betul2 tu macam mana pulak? Maksudnya kejayaan yg melibatkan org laen jgk, iaitu org tersayang, my family. Cita2 kena lah selalu tinggi. Tak sabar nak kerja dalam masa yg sama takot. Tapi lambat laun kena hadapi jugak. Nak kerja cepat sebab, nak cepat2 balas budi mak abah. Memang lah duet bukan segalanya tapi tulah banyak benda perlukan duet. Sabar. Walaupon tak terbalas semua, In sya Allah asalkan mereka bahagia.

Punya kehidupan yg menggembirakan. Siapa tak mahu. Makin meningkat usia makin kurg gembira, itu EN. Harap satu hari nanti akan datang sinar2 kebahagiaan. Aduh macam ayat novel eww eww. Punya anak atau zuriat, sendiri atau yg bukan sendiri siapa tau. Asalkan dapat didik jadi seorang yg soleh solehah. Entah kenapa pemikiran EN berkata, ada anak akan lebih gembira haha hopefully. Ehh cakap pasal anak, kahwin pon belum. Ok boleh start pikir da. Ya Allah satukanlah aku dengan jodoh ku Amin :). Biarlah yg taknak pikir pasal kahwin tu biarkan dia.

Menjelajah bumi Allah. Luasnya tak terkata bumi yg Allah cipta, Dapat jejak kaki tempat2 indah sambil membesarkan keindahan ciptaanNya sangatlah menggembirakan. Tempat yg suci, tempat yg wajib dilawati sekali seumur hidup bagi yg mampu, Makkah. Itulah tempat teratas dlm list. In sya Allah bila dijemput nanti sampailah. Jadi, kena lah buat persediaan.

Sebelum menutup mata, EN harap segala kesalahan akan dimaafkan dan EN akan memaafkan org laen. Kosong-kosong semula, bagai bayi yg baru lahir tiada dosa. Doalah selalu , matikan ku dalam keadaan beriman, dicabutkan nyawa dlm keadaan sebaik-baiknya. Lembutkan hati, doa setiap hari begitu supaya tiada hasad dengki. Takot tiada siapa doakan kita, kita punya diri kita sekurangkurangnya yg boleh mendoakan. Aduh. Masih jauh atau dekat ajalku.

Masih banyak lagi hajat tapi takpa simpan. Semoga jadi kenyataan. Sorry ayat berbaku2. Sekian.



No comments:

Post a Comment