Thursday, 21 April 2016

Hajat

Assalamualaikum.

Before anything, picture time dulu. Gambar hujung minggu yg lepas. Jalan2 shah alam tanpa tujuan. Ada 1 tujuan tapi tak tercapai, terpesong jaoh. Duet oh duet hilang mcm tu je dek shopping.

Setia city mall. Tak picnic pon, tgh panas terik.

Big bubbles. Byk takjadi woii pecah2.

Taknak bagi masuk sudah, huh.


Laman seni Seksyen 7 SA.

Paradigm Mall PJ. Tertengok dengan mata sendiri. Mmg tak boleh tgk org pukul2 secara live, dlm TV boleh.


Banyak hajat yg nak dicapai sementara hidup ni. Yalah siapa yg nak hidup yg sia sia. Setakat ni belum pon separuh yg dicapai. Sebab apa yg kita hajati sentiasa diperbaharui, tak gitu. Memang takkan habis la nak list semua. Tapi at least capai yg penting2 dulu la kan.

EN belum pon capai kejayaan yg betul2. Kejayaan yg betul2 tu macam mana pulak? Maksudnya kejayaan yg melibatkan org laen jgk, iaitu org tersayang, my family. Cita2 kena lah selalu tinggi. Tak sabar nak kerja dalam masa yg sama takot. Tapi lambat laun kena hadapi jugak. Nak kerja cepat sebab, nak cepat2 balas budi mak abah. Memang lah duet bukan segalanya tapi tulah banyak benda perlukan duet. Sabar. Walaupon tak terbalas semua, In sya Allah asalkan mereka bahagia.

Punya kehidupan yg menggembirakan. Siapa tak mahu. Makin meningkat usia makin kurg gembira, itu EN. Harap satu hari nanti akan datang sinar2 kebahagiaan. Aduh macam ayat novel eww eww. Punya anak atau zuriat, sendiri atau yg bukan sendiri siapa tau. Asalkan dapat didik jadi seorang yg soleh solehah. Entah kenapa pemikiran EN berkata, ada anak akan lebih gembira haha hopefully. Ehh cakap pasal anak, kahwin pon belum. Ok boleh start pikir da. Ya Allah satukanlah aku dengan jodoh ku Amin :). Biarlah yg taknak pikir pasal kahwin tu biarkan dia.

Menjelajah bumi Allah. Luasnya tak terkata bumi yg Allah cipta, Dapat jejak kaki tempat2 indah sambil membesarkan keindahan ciptaanNya sangatlah menggembirakan. Tempat yg suci, tempat yg wajib dilawati sekali seumur hidup bagi yg mampu, Makkah. Itulah tempat teratas dlm list. In sya Allah bila dijemput nanti sampailah. Jadi, kena lah buat persediaan.

Sebelum menutup mata, EN harap segala kesalahan akan dimaafkan dan EN akan memaafkan org laen. Kosong-kosong semula, bagai bayi yg baru lahir tiada dosa. Doalah selalu , matikan ku dalam keadaan beriman, dicabutkan nyawa dlm keadaan sebaik-baiknya. Lembutkan hati, doa setiap hari begitu supaya tiada hasad dengki. Takot tiada siapa doakan kita, kita punya diri kita sekurangkurangnya yg boleh mendoakan. Aduh. Masih jauh atau dekat ajalku.

Masih banyak lagi hajat tapi takpa simpan. Semoga jadi kenyataan. Sorry ayat berbaku2. Sekian.



Wednesday, 6 April 2016

PRO3 Exam 3rd Batch MBBSMSU

Assalamualaikum.

Fiuh tak sangka. Dah keluar tarikh mohon e-Houseman dan induksi. So kemungkinan akhir bulan5 dah start houseman. Tunggu jelah jawapan SPA. EN redha jelah kalo nama termasuk ke tak. Terima2. In sya Allah.

Oklah walaupon dah 219 hari berlalu sejak Pro3 Exam, EN bagitau jelah pengalaman ini. Untuk kenangkenangan.

Nak cerita part Clinical je. EN kena hari last tau. Bersyukur dan dalam masa yg sama terketar sebab hari last mesti doktor examiner dan patient da penat. Tapi untung sebab dapat sikit tips dari group yg da lepas.

Ktorg exam di Hospital Sungai Buloh (HSB). Sebelum start ktorg berkumpul kat Tingkat9 dan kena undi giliran dulu. So kira bukan ikot turutan nama. Random. EN dpat no.10 dari 30lebih candidates. Awal kan. Kalo boleh EN nak awal2 so takyah neves lama2 sgt. Setiap session 4 org akan pergi. EN session ke3.

Ktorg akan dapat sama ada Medical atau Surgical based untuk Long case. EN dapat Paediatrics wohoo. Mula2 ingat dapat Medical oh no I dun wan dat. Case Asthma u ollz. Alhamdulillah pagi tu sempat revise PeaedsProtocol dengan Kak Soleha time brekfes dekat cafe.

Patient yg berumur 4 tahun dan penjaganya sangat membantu. Terima kasih adik dan maknya. Dipermudahkan masa clerk dan examine. Walaupon tak sempat nak tanya semua. Dengan jantung dupdap tiba2 examiner dah sampai iaitu Dr. Foo from HSB dan Dr. Achama MSU's lecturer.

Mula2 dorang suruh examine patient, suruh auscultate lungs. Dan tanya soklan sikit2. Pastu baru pergi bilik untuk present history dan disoal siasat. Sempat la juga kena marah sebab taktanya soklan basic, pasal berapa frequent patient pakai pump. EN pulak duk blur plus neves time tu so terdiam jelah. Tapi apa2pon alhamdulillah Dr adalah tolong.

Then, untuk Short case, ada 3 cases: Gynaecology, Emergency Medicine dan Surgery.

First station Gynae : Uterus Smaller for date, tak pasti diagnosis yg betol. Tapi sekejap je, kena examine patient punya perut. Pastu Dr. tanya Differential diagnosis. Tu je tak silap huhu. EN pon takot sebab Dr tanya soklan tu je, takot tak boleh pass. Tapi sebab first station maybe dorang still tgh prepare2 kot. Apapon done.

2nd station EM : Acute appendicitis. Part ni interesting sket sebab sblm start short case ni jumpa Dr Zakiah kat surau, doktor EM from HTAR. EN sempat tanya dia silly question, Dr kat sini sebab exam ke? Dia jawab taklah, bersiar2 je. Oho dan tengok2 EN exam dengan dia. EN memang dari dulu paling suka EM dan Alhamdulillah sangat. Soklan mula2, Nak triage patient ni ke zone mana? Vital sign sume dah bagi. Kemudian baru examine patient, kena buat special test untuk appendicitis signs tu, rebound tenderness, Psoas sign dan laen2. Pastu macam mana nak manage patient ni kat ED.

3rd station Surgery : Incisional Hernia. Kena examine dulu abdomen patient. Mula2 tak jumpa pon ada hernia, sebab kat dalam dan tak nampak bila cough reflex. Tapi examiner tolong tunjukkan tempat dan suruh measure. Pastu dia tanya nak examine system apa lagi. Boleh tak terus buat surgery kat patient? Kalo tak boleh kenapa? Patient ada panau kat perut dia, doktor tanya apa skin condition tu, EN serius tak tau time huhu.

So berakhirlah hari yg penuh neves dan penat itu. Tak sampai seminggu result dah keluar dan Alhamdulillah EN pass.

Hari tu rasa macam Allah permudahkan semua, dapat case pon yg EN familiar. Sebab memang EN doa sangat supaya dapat case yg boleh dijawab, patient yg cooperate, dan examiner yg membantu. Power of Doa. Alhamdulillah. Rasaa macam ada yg pertikai EN dapat case senang. Sebab ada yg laen dpat soklan susah. Maybe perasaan EN je tu kot. Tak baek buruk sangka. Biarlah dah ditentukan pon.

Ok dats all my experience :)