Friday, 25 March 2016

Saya suka dia tau.

Assalamualaikum.

....Peringatan. Post ini agak memuntahkan. Sediakan plastik sebelum muntah....

EN adalah anak sulung dari 6 beradik. Dari ramai2 adek, EN paling suka yang bongsu tu. The maknae. Nama dia Nurul Izzah aka MekJah si budak itang, berumur 16 tahun. Bersekolah di SMA Padang Tengku.

First sekali I like her the most sebab dia selalu ketawa mendengar lawak bodoh EN. Lawak yg kadang tak make sense langsung dia boleh faham. Acaner tu. EN suka buat derp face yg selalunya dia je nampak sebab EN tak sanggup buat depan org laen. Dia je yg tau betapa hodoh dan kolotnya muka ku ini.

Lain. Dia selalu layan EN tengok KPOP. Sebagai satu2 je peminat KPOP dalam rumah ni, kadang2 I feel lonely haha. Kalo ada keluar lagu KPOP best mesti EN duk paksa dia dengar. Dan kemudian dia akan suka jugak. Maklum lah sekarang nih kurang lagu2 best jadi yg sedap didengar tula yg best. Ha? Group yang ktorang stan or suka sesama adalah BTS. BANGTANBOYS not behind the scene. Kumpulan hiphop yg trend skrg plus lagu dorg pon best.

MekJah suka makan apa yg EN masak. Well i can cook uollz haha. Western food especially yg dia selalu suruh buat, spagetti macaroni pizza. Sedap je dia main order kekadang tu. Naseb la tu makanan favorite iollz. Nanti kalo rajin EN kongsi resepi sos spagetti buatan sendiri yg simple. Takyah beli sos prego, carbonara la apa la. Kalo rajin ok.

Dia juga yg paling hormat EN. Kot. Yalah nama je anak sulong tapi selalu diejek, diperli. Hidup seorang EN dekat mana2 pon macam tu selalu dibuli. Da redha da. Dia takda la tak melawan cakap, ada la jugak. Bila dia annoyed dengan EN ada lah dia marah sambil halau EN. Nasib seorang EN. Dia jarang marah kalo EN ejek dia tpi dia sentap je. Weollz dulu selalu cakap dia bukan anak mak abah sebab dia gelap sikit. Naseb anak bongsu.

EN rasa dia pon suka EN, sebab tak selalu marah dia. Tak selalu arah2 dia. Suka belanja dia sekarang,dulu tak. Selalu tolong dia buat kerja sekolah kalau mak suruh. Bagi dia pinjam shawl. Dan banyak lagi. EN kaw tak rasa macam masuk bakul angkat sendiri? Ok I stop here T.T

Tu jelah kot. Harap dia tak baca. Nampak sgt EN dah takda idea nak tulis apa kan. Mungkin pasal kucing pon EN post nanti. Uhuk. Kbai.






No comments:

Post a Comment