Wednesday, 9 March 2016

Never gets old

Assalamualaikum.

Dah 2016. Rasa macam baru umur 16tahun, bajet2 lahir tahun 2000 je. My sister lahir tahun tu, bertuah dia masih boleh berlagak muda dan sememangnya masih muda.

Masa EN baya2 tu selalu fikir nak cepat besar, taknak sekolah bangun pagi balik petang. Nak kerja ada duit sendiri. Beli rumah kereta. Tolong mak abah adik2. Hahaha gelak dlm kesedihan, walaupon dah sepuluh tahun semua tu belum pon berlaku. In sya Allah tahun ni baru nak mula berkerjaya.

10 tahun kemudian (2016) kita akan fikir terbalik pulak. Siapa setuju angkat kening. Cliche tak. Kita rasa macam nak kembali ke zaman memakai pakaian seragam berwarna putih, atau pink atau ungu mengikut jawatan masing2 masa tu. Rindu rindu. Siapa tak?

20 tahun kemudian pulak macam mana agaknya kita akan fikir.

Orang yg lahir akhir tahun macam EN akan rasa muda sikit kot. Sebab nak masuk tahun baru, baru umur kita bertukar. Tapi tak jugak bila dah masuk Jubli perak tahun lepas dah mula rasa T.U.A. Walaupon muka bajet2 baby face tapi EN pasti takkan ada org ingat EN budak sekolah dah lepas nih. Yes yes yahoo. Muka dah kedut2 macam ahjumma so mesti dah nmpak matured. Akhirnya. Aaa siyesly EN you are happy?

Bukan apa nanti dah start kerja takda lah org boleh buli kalo muka dah tak kanak2.Apa2pon muka dah tua hati tetap muda. Badan pon kena muda jadi tak lah berpenyakit.

EN post nih sesaje bukan berniat nak memakan hati sesiapa huhu.

Ok jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment