Saturday, 5 March 2016

Langkawi 2016 Part 2


 Assalamualaikum.

Sambungan Part 1

Hari 3

Laut dan pantai time yeah2. Kitorang amek pakej dari AB Travel, harga standard untuk pergi 3 tempat nih Tasik Dayang Bunting, Eagle's feeding, Pulau beras basah adalah RM25 sahaja. Ok la kan. Decide selepas dah survey2 tempat2 lain, lagipon ada yg recommend AB nih. Ktorg kena berkumpul depan AB Motel jam 9 pagi.

1. Tasik Dayang Bunting

Kenapa namanya begitu? Haa jgn ditanya, EN igt2 lupa. Biasalah Langkawi kan pulau lagenda so banyak la cerita2 lagenda. Menarik apa kalo dibaca. So, kalo g tempat2 bersejarah kita baca lah jgk apa yg ditulis kat situ, tambah pengetahuan tntang sejarah gitu.

Tapi tapi.. memang ada dayang bunting tu sampai sekarang. Ada beberapa gunung yang menyerupai dayang bunting tu. Subhanallah, kuasa Allah.

Kena panjat2 tangga dan turun2 tangga baru sampai tasik tau. Tapi berbaloi sebab cantek. Sejam je masa diberi oleh Adek Bot, siapa lambat tinggai.

Kena bayar masuk RM5 untuk warganegara Malaysia. Ada aktiviti kayuh itik RM10 satu itik. Bagi yg pandai berenang free. Bagi yg tak reti boleh jugak mandi, pelampung sewa RM5.

Moh kiter 

Safety itu penting. EN berenang katak je boleh, jika memakai pelampung.

Sampei doh weh demeh. Koi cakak pahang weh

Kome sewa pelampung. Best weh sebab air tak masin. Mcm utk diminum je.

Jom balik. G tempat laen pulak.
2. Bagi makan helang

Bukan boleh bagi makan pon sebenarnya. Org yg bawak bot je yg boleh bagi. Ada 2 spesies helang kat sini. Cantek helang. Bayangkan sblm ni boleh la pegang usap2 cik helang, tapi takda.


3. Pantai beras basah

Pulau persendirian. Boleh mandi kat pantai je. Penceroboh akan didakwa. Adek bot bagi pinjam jaket keselamatan, boleh la berenang. Ada goggle lagi best nih ala2 snorkeling. Pakej snorkeling agak mahal RM100++ jadinya tak amek la. Next time maybe.

From pantai view


Ahhh berat berat, lompat rendah je boleh.


4. Pantai Cenang

Lepas dah bersiar2 tadi kami kena checkout dri ANZ Inn untuk ke Kuah. Tapi sebelum tu jalan2 lagi kat Cenang. Sambil2 tu selfie dulu.

Harapan dapat pergi semua negara di situ.
4. Ayer hangat village

Sampai sini dah nak tutup dah. Tapi sempat lah masuk sambil jejalan. Sunyi takda org pon. Lengang. Oh bayaran masuk RM 6 eh? Kat sini boleh rendam2 kaki sambil buang daki hehe. Ada khasiat rendam kaki dalam ayer hangat, baek utk sendi2. Rebus telur pon boleh masak. Ada jakuzi dan spa. Ada sejarah ayer hangat, kuah dan laen2 yg tak berapa difahami.



Welkam

Cantek jgk tempat nih.

Tempat rendam kaki.

Istana kelulut. Kelulut nih ada madu yg berkhasiat mcm lebah. 

Tembok bersejarah. Bacalah.
5. Dataran helang

Sampai dah Kuah. Tempat wajib singgah. Jumpa Encik Helang yg gagah.



Geopark Langkawi

Before sunset. 

Kat Kuah kami stay dekat Geopark Inn untuk 2malam RM153.

Habis sudah pengembaraan hari ke3.


No comments:

Post a Comment