Saturday, 5 March 2016

Langkawi 2016 Part 1


Assalamualaikum.

Bercuti!! Tahun Melawat Kedah 2016.

Kali nilah baru berkesempatan pergi bercuti. Dari start habes PRO Exam lagi duk cakap nak gi sana lah nak gi sinilah. Tak pergi2 jugok. Tapi Alhamdulillah dapat jugak ber-over-the-sea ke Langkawi.

Percutian 5 hari 4 malam. 3 orang. Cik EN, Cik TnieGreenApple, Cik AinIdris.

Mula2 plan nak gi Koh Lipe sekali dari Langkawi tapi memandangkan ada yg tak jadi pergi dan lagi pon perempuan je sume gi tak jadi. Next time In sya Allah.

Tiket flight last minit pergi-balik ditaja AirAsia, no pembetulan, dibeli dari AirAsia adalah RM106 seorang. No luggage, no pick seat. Mahal ke?

Flight pergi Langkawi pukul 6.40ptg. EN dari Pahang sesorang maen redah je sebab first time. So, dari Pahang gini travelnya:

Bas ke Stesen bas Pekeliling 10.30 am. -3jam

Pekeliling (Monorail Titiwangsa) ke KL Sentral 1.30pm - 15minit

KL Sentral (Shuttle bas) ke KLIA2 2pm - 1jam

KLIA2 ke Airport Langkawi 6.50pm - 1jam

KLIA2 sampai awaii amat, 3 lebih so duduk la sambil tunggu Cik AinIdris dari Seremban. Cik Tnie dah kat Langkawi.

First night

Sampai Airport tunggu CikTnie amek. Ktorang sewa kereta, sehari RM50 kereta MYvi. Oklah senang nak bergerak. Kebetulan sewa dgn kenalan akak CikTnie murah sikit. Bernaseb baek dapat naek kereta mewah masa first day sbb kereta Myvi tu tak available lagi.

Pantai Cenang.

Macam kat Bali katanya. Memang banyak kedai dan pelancong. Cucicuci mata dulu tanpa beli apa2. Dalam pukul 10 lebih baru cari makan. Dekat dengan hotel disewa. Kitorang sewa jauh sikit dari Cenang. Eh tak jauh sgt la dlm 10minit. ANZ Langkawi Inn untuk dua malam RM 180. Berpatutan jugak sbb ada aircond sume dan selesa utk bertiga. Guna booking.com senang kan.

HARI 2

1.Sarapan di Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Alah gerai ni khabarnya famous dan viral kat laman sosial. Dah sampai sini rugi dop cuba. Memang pemiliknya ramah. Dan popular ramai org duk amek gmba dgn beliau. Ktorg tak sempat sebab lupa sbnarnya. Adalah dia cerita salasilah gerai tu tapi hehe masuk telinga kanan keluar tlinga kiri. Nasi Dagang kat sini not bad. Harga dah lupa haha. Yang penting pemandangan kat situ lawa. Ada sawah padi, lembu, itik. Suasana kampung yg damai gitu.

Rumah Pak Malau. Tradisional. Cantek.
CikAngAng penjaga rumah. 

Tangga rumah yg menjadi tumpuan. Jgn tido bukak mata plz.


Hmmm hmm 

CikAin dan CikTnie

Antik tapi tetap handsome.



2. Makam Mahsuri

Bayaran masuk RM10. First pergi dulu duduk luar je tak masuk. Dah pergi nih masuk masuk jgn tak masuk. Binaan rumah dia dikekalkan. Ada latu renovation ke apa kan. Tapi cantik la senibina rumah dolu2.

Welcome semua.
Pintu rumah Mahsuri.



Nak masak ke. Reti ke haha guna api.

Dekat Pangkin Rumah Mahsuri.

Rumah Tok Penghulu. Yg paling besaq.

Eh ada air. Igt telaga tipu. Ni tempat mandi mahsuri. Rasa nk mandi jgk dek cuacapanas.



 3. Padang Maksirat dan Beras terbakar

Tak perlu bayar nak masuk. Sebab beras yg terbakar tu tinggal semangkuk je. Mungkin dimakan anai2. Tak tak. Nak tahu lanjut sila baca sejarah. Tapi kawasan nih best sebab byk kedai boleh beli belah. Kain batik, kain pelikat lalalala, kain pasang, baju, topi, spec hitam, dan lain2. Harga berpatutan.


Beras mana beras.

4. Air terjun telaga 7

Yang ni pon tak perlu bayar nak masuk cuma bayar parking je. Shocking moment kat sini. Nak jumpa air terjun kena naik tangga dan bukit. Nak tengok Telaga tujuh pon kena naik sampai atas. Disebabkan condition lutut masing2 yg tidak berapa baek kami berhajat nak melihat air terjun je sambil berkelah tenang kan fikiran.

Gagah jua naik tangga. Sambil jalan2 ada la jumpa family nih dia cakap air terjun takda. Tapi sebab tak faham kami pon terus jugak. Alih2 sampai je tak nampak pon air terjun. So memang betol air terjun takda sebab dah kering. Dengar khabar Langkawi jarang hujan dan panas sentiasa, sebab tulah kering. So haripon dah ptg dan kami pon pulang dgn rasa kiciwa.

Daki daki tangga



5. Telaga Harbour & Marina


Bagi sesiapa nak fefeeling kat oversea atau fefeeling kaya datang sini. Parking kat stesen minyak Petronas, jln sikit dan sampai. Byk kapal chantek uollz. Next time kita naek ye kalahkn Che Ta haha.

Mintak tolong pakcik mat salleh tangkapkan. Thank you sir.

Menari pon boleh. Janamjanam pon boleh.


Maka berakhirlah hari kedua kami. Fuhhh gmba je byk. Rajin pulak nk update part laen nanti.

Babai.


No comments:

Post a Comment