Tuesday, 22 March 2016

Cuaca panas ni. Elak strok haba.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya bumi Allah ini dilimpahi hujan. Walaupon  cuma sebentar. Sejuk seketika bumi yg panas ini. Moga cuaca panas yang memanjang ini reda. Apapun ini semua atas kuasanya.

Jaga kesihatan ya semua. Minum air masak banyak2, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Bagi yg tak reti nak minum air masak tu mcm Cik EN ni makanlah buah-buahan. Kurangkan minum minuman berkafein macam Air gelas besar berperisa Coppucino, Mocha, Cham Coffee walaupun itu favorite kita. Sob sob.

Jangan main panas. Eh jangan dedahkan diri dengan matahari sangat. Kurangkan aktiviti luar. Time nih lah tak digalakkan pergi berjemur di tepi pantai ya. Jangan nak taning kan kulit tu sangat. Ada faedah ke, awak tu bukan mat salleh pon huhu.

Bagi yg dapat cuti sekolah 2 hari, negeri kat utara kan manfaatkan cuti adek2 itu. Duduk rumah tengok tv je sambil ulangkaji. Jangan main basikal kat luar main dalam rumah ajak kawan2. Eh? Mandi sungai pon tak payah kot sebab air surut tinggal lumpur je.

Dengar org berita kata kat tv setakat ni da 2 orang da kena stroke haba. Apakah ia?


Definisi menurut Ketua Pengarah Kesihatan : Strok haba ialah adalah paras suhu badan meningkat melibihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira2 37 darjah celcius.

Antara tanda2 awal strok haba: sakit kepala denyut2, mual, kurang berpeluh walaupon suhu panas dan denyutan nadi jadi laju.
Tanda lain: Otot jadi lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Kenapa bahaya? Suhu tinggi boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak, yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Bahaya kan. Jadi marilah kita sama2 jaga diri. Dengar cakap mak bapak jangan main panas. Minum air masak jangan lupa. Banyakkan berdoa supaya Allah turunkan hujan.

Take care everyone.


No comments:

Post a Comment