Friday, 25 March 2016

Saya suka dia tau.

Assalamualaikum.

....Peringatan. Post ini agak memuntahkan. Sediakan plastik sebelum muntah....

EN adalah anak sulung dari 6 beradik. Dari ramai2 adek, EN paling suka yang bongsu tu. The maknae. Nama dia Nurul Izzah aka MekJah si budak itang, berumur 16 tahun. Bersekolah di SMA Padang Tengku.

First sekali I like her the most sebab dia selalu ketawa mendengar lawak bodoh EN. Lawak yg kadang tak make sense langsung dia boleh faham. Acaner tu. EN suka buat derp face yg selalunya dia je nampak sebab EN tak sanggup buat depan org laen. Dia je yg tau betapa hodoh dan kolotnya muka ku ini.

Lain. Dia selalu layan EN tengok KPOP. Sebagai satu2 je peminat KPOP dalam rumah ni, kadang2 I feel lonely haha. Kalo ada keluar lagu KPOP best mesti EN duk paksa dia dengar. Dan kemudian dia akan suka jugak. Maklum lah sekarang nih kurang lagu2 best jadi yg sedap didengar tula yg best. Ha? Group yang ktorang stan or suka sesama adalah BTS. BANGTANBOYS not behind the scene. Kumpulan hiphop yg trend skrg plus lagu dorg pon best.

MekJah suka makan apa yg EN masak. Well i can cook uollz haha. Western food especially yg dia selalu suruh buat, spagetti macaroni pizza. Sedap je dia main order kekadang tu. Naseb la tu makanan favorite iollz. Nanti kalo rajin EN kongsi resepi sos spagetti buatan sendiri yg simple. Takyah beli sos prego, carbonara la apa la. Kalo rajin ok.

Dia juga yg paling hormat EN. Kot. Yalah nama je anak sulong tapi selalu diejek, diperli. Hidup seorang EN dekat mana2 pon macam tu selalu dibuli. Da redha da. Dia takda la tak melawan cakap, ada la jugak. Bila dia annoyed dengan EN ada lah dia marah sambil halau EN. Nasib seorang EN. Dia jarang marah kalo EN ejek dia tpi dia sentap je. Weollz dulu selalu cakap dia bukan anak mak abah sebab dia gelap sikit. Naseb anak bongsu.

EN rasa dia pon suka EN, sebab tak selalu marah dia. Tak selalu arah2 dia. Suka belanja dia sekarang,dulu tak. Selalu tolong dia buat kerja sekolah kalau mak suruh. Bagi dia pinjam shawl. Dan banyak lagi. EN kaw tak rasa macam masuk bakul angkat sendiri? Ok I stop here T.T

Tu jelah kot. Harap dia tak baca. Nampak sgt EN dah takda idea nak tulis apa kan. Mungkin pasal kucing pon EN post nanti. Uhuk. Kbai.






Wednesday, 23 March 2016

Cita-cita dan pekerjaan. Berbanggalah.

Assalamualaikum

Hai uollz. Rajin puloks si EN mengupdate belog. I just..takda apa nak buat. Internet tenggelam timbul pon masih ada hati. Bersyukur walaupon wifi pinjaman dari sekolah belakang tapi kadang2 laju okai. Kadang2 jew lah.

Menulis blog ni kadang2 best. Padahal bukan ada apa nak tulis tapi bila da tekan button New Post tu ada jelah something nak bebel. Jenis suka berangan. Masa muda dulu teringin jugak nak jadi penulis buku. Apa2 genre pon la. Seram maybe tak. Cinta cintun err macam tak jgk. Ilmiah maybe tapi takda pengetahuan sgt sekarang. Mungkin pasal pengalaman sendiri mcm Diagnosis tu ke. Ala buku terbitan Whitecoat ditulis oleh Doktor2 yg hebat contohnya Dr. Ben aka HeartKL

Sekarang doktor2 da lebih dekat dengan masyarakat. Siapa pengguna tegar Twitter like me ehemm mesti dah follow @MedTweetMY kan. Kat situ boleh la tanya soklan atau kemusykilan tentang kesihatan atau perubatan. Baek kot doktor melayan walaupon kadang2 soklan kelaut. EN jadi pembaca pasif jelah. Tapi kekadang dorang nih menghiburkan. Dan of cors doktor2 ni my inspiration untuk pergi lebih jauh dalam bidang ni. Cehwah.

Teringat soalan time IV: Kenapa nak jadi doktor?

Padahal dah berlatih jawab sebab itu soklan yg dah diexpect tapi still tergagap menjawab. Jawapannya agak cliche, firstly sebab nak bantu keluarga. Dan yg tak cliche sebab dari dulu EN berminat nak join misi kemanusiaan macam MERCY Malaysia tolong mangsa bencana alam atau perang. Satu hari nanti In sya Allah.

Siapa layan K-drama Descendant of the sun (DOTS) ? Lebih kuranglah, kena hantar negara luar tolong rakyat sana. UN Peacekeeper pon best tapi kena jadik askar dulu. Dulu ada la teringin jugak nak jadi doktor askar. Tapi sebab sedar diri tak layak kan sebab bantut huhu.

Walaupon apa2 pekerjaan kita berbanggalah. I am proud to be a doctor. Soon.




Tuesday, 22 March 2016

Cuaca panas ni. Elak strok haba.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya bumi Allah ini dilimpahi hujan. Walaupon  cuma sebentar. Sejuk seketika bumi yg panas ini. Moga cuaca panas yang memanjang ini reda. Apapun ini semua atas kuasanya.

Jaga kesihatan ya semua. Minum air masak banyak2, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Bagi yg tak reti nak minum air masak tu mcm Cik EN ni makanlah buah-buahan. Kurangkan minum minuman berkafein macam Air gelas besar berperisa Coppucino, Mocha, Cham Coffee walaupun itu favorite kita. Sob sob.

Jangan main panas. Eh jangan dedahkan diri dengan matahari sangat. Kurangkan aktiviti luar. Time nih lah tak digalakkan pergi berjemur di tepi pantai ya. Jangan nak taning kan kulit tu sangat. Ada faedah ke, awak tu bukan mat salleh pon huhu.

Bagi yg dapat cuti sekolah 2 hari, negeri kat utara kan manfaatkan cuti adek2 itu. Duduk rumah tengok tv je sambil ulangkaji. Jangan main basikal kat luar main dalam rumah ajak kawan2. Eh? Mandi sungai pon tak payah kot sebab air surut tinggal lumpur je.

Dengar org berita kata kat tv setakat ni da 2 orang da kena stroke haba. Apakah ia?


Definisi menurut Ketua Pengarah Kesihatan : Strok haba ialah adalah paras suhu badan meningkat melibihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira2 37 darjah celcius.

Antara tanda2 awal strok haba: sakit kepala denyut2, mual, kurang berpeluh walaupon suhu panas dan denyutan nadi jadi laju.
Tanda lain: Otot jadi lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Kenapa bahaya? Suhu tinggi boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak, yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Bahaya kan. Jadi marilah kita sama2 jaga diri. Dengar cakap mak bapak jangan main panas. Minum air masak jangan lupa. Banyakkan berdoa supaya Allah turunkan hujan.

Take care everyone.


Friday, 18 March 2016

Interview SPA Pegawai Perubatan UD41

Assalamualaikum.

Yey AEON Jusco Seksyen 13 Shah Alam dah bukak 10 Mac yg lalu. Beso amat weh. Untung lah bebudak MSU hari2 boleh makan sushi king, boat noodles gtu. Alang2 dah kat S.A ni sempatlah EN pergi tapi tak sempat explore lagi. Next time jika dapat dtg S.A In sya Allah. Babai S.A gonna miss u. Eah.





Oh.

Semalam, hari Khamis EN telah pon ditemuduga oleh SPA di Putrajaya. Semalam ramai berbanding Selasa time EN dan CikAin teman CikTnie IV. Tapi semalam byk panel. 4 bilik temuduga semua. Siap awal sket.

Alhamdulillah, lega dah settle. Antara soklan2 nya :

From SPA
-Introduce yourself.
-Why you want to be a doctor?
-Kalau dapat posting Sabah Sarawak terima tak?
-Apa itu RTC dan UTC, dan apa rasionalnya?
-NBOS itu apa kebenda?

From KKM
-Nanti nak sambung speciality apa? I chose EM
-Kenapa EM?
-Berapa zon triage kat hospital?
-Scenario question, Ada pesakit lelaki umur 50 tahun datang dengan sesak nafas. So apa kena buat kat ED? Mula sampai habes.


Tu jelah kot yg teringat. Any tips? Dorang sebenarnya nak tgk lebih kepada macam mana kita menjawab soklan. Konfiden tak. Gitulah yg EN dgr. Dan soklan basic mcm kat atas skali tu, kemudian dorang akan soal pulak berdasarkan apa yg kita jawab pulak. Harap semuanya pass :)

Wednesday, 9 March 2016

Never gets old

Assalamualaikum.

Dah 2016. Rasa macam baru umur 16tahun, bajet2 lahir tahun 2000 je. My sister lahir tahun tu, bertuah dia masih boleh berlagak muda dan sememangnya masih muda.

Masa EN baya2 tu selalu fikir nak cepat besar, taknak sekolah bangun pagi balik petang. Nak kerja ada duit sendiri. Beli rumah kereta. Tolong mak abah adik2. Hahaha gelak dlm kesedihan, walaupon dah sepuluh tahun semua tu belum pon berlaku. In sya Allah tahun ni baru nak mula berkerjaya.

10 tahun kemudian (2016) kita akan fikir terbalik pulak. Siapa setuju angkat kening. Cliche tak. Kita rasa macam nak kembali ke zaman memakai pakaian seragam berwarna putih, atau pink atau ungu mengikut jawatan masing2 masa tu. Rindu rindu. Siapa tak?

20 tahun kemudian pulak macam mana agaknya kita akan fikir.

Orang yg lahir akhir tahun macam EN akan rasa muda sikit kot. Sebab nak masuk tahun baru, baru umur kita bertukar. Tapi tak jugak bila dah masuk Jubli perak tahun lepas dah mula rasa T.U.A. Walaupon muka bajet2 baby face tapi EN pasti takkan ada org ingat EN budak sekolah dah lepas nih. Yes yes yahoo. Muka dah kedut2 macam ahjumma so mesti dah nmpak matured. Akhirnya. Aaa siyesly EN you are happy?

Bukan apa nanti dah start kerja takda lah org boleh buli kalo muka dah tak kanak2.Apa2pon muka dah tua hati tetap muda. Badan pon kena muda jadi tak lah berpenyakit.

EN post nih sesaje bukan berniat nak memakan hati sesiapa huhu.

Ok jumpa lagi.

Monday, 7 March 2016

Langkawi 2016 Part 3

Assalamualaikum.

Last part from Part 1 dan Part 2

HARI 4

1. Underwater world Langkawi

Dari dulu EN nak datang sini tapi xberkesempatan. Yeah I like animals yg cumel nih. EN bayangkan tempat ni syok, akuarium besar, boleh tgk pertunjukan dolfin. Tapi itu cuma expectation haha. Bayaran masuk agak mahal RM30+ mcam tak berbaloi. 

Bagi yg pernah pergi Akuaria KLCC rasanya dah cukup, tak yah masuk nih dah. Ceh jahatnya bukan nak promote. Dalam ni bagi siapa nak experience penglaman time ribut taufan boleh la,tapi kena bayar harga lain pulak ok. Dalam RM17 tk silap. EN da masuk tapi boleh la, cuma visual kurang menarik. Ada lagi yg laen2 macam Movie 180 degree, Panaroma apa ntah dan kena bayar jugak nak masuk.

Tetiba ada kat hutan.

Dapat jgk jejak kaki kat gunung bersalji. Nmpk ngat menipu takkan tak sejuk.
Tak garang pon encik jerung. Awak comel.

Terkejar2 nak tgk penguin makan. Pingu you are cute too.

Tahukah anda, binatang kat sini agak simbong. Susah diajak selfie.

2. Gunung Mat cincang

Rasanya dalam byk2 tempat sini best. Mcm2 ada dalam nih. Wajib naek adalah cable car. Nak murah amek pakej. Sky bridge, 6D, 3D museum, dan lain2. Boleh rujuk laman web dia PanoramaLangkawi


Entrance 
3. Sky bridge

View dri cable car

Yang bintik bintik tu cable car hehe

Jambatan gantung di gunung2.

Angin bertiup kencang. Susah utk ambik gambar senonoh. Hampir diterbangkan angin, naseb berat huhu.


4. 3D museum

Time nih da hampir tutup , lagi sejam. Kami tak beli sekali dgn pakej. Sebab, sesiapa warga Kedah dapat murah tau, dan boleh cover 4 orang yg bukan Kedah. Bayaran masuk kami RM20 seorang.

Sedih sebab tak dapat explore semua. Sejam tak cukup uollz, besar tempat nih. Next time dtg lagi In sya Allah.

Ala2 retis gitu.. hmm hmm

Wahai kuceng yg comel, tolong jgn mkn CikAin

Gayat ka?


This BFF live happily ever after

Kepak kepak kepak. Tak terbang pon.

Fuhh bahaya nih kalo jatuh.

Hari 5 , LAST

5. Island hoping

Untuk pakej nih pon kami amek dari AB travel. RM50 seorang. Mangrove tour. Naik bot dri Tanjung Rhu, pergi ke Gua buaya, Gua Kelawar? Kilim Park tak pergi sebab masa tu tak boleh lalu, air pasang.  Minum sebentar di restoran terapung, dapat pegang ikan pari, manja sangat kau.

Last trip nih lebih kepada menikmati keindahan alam dan ciptaan Allah.

Pokok bakau.

Gua buaya yang tiada buaya kalau ada bahaya.

Selfie selfie. Kena lalu guakecik. Siapa kecik bertuah takyah tunduk badan sgt.
 Tak banyak gamba haha sebab Kilim Park tak pergi. Lagipon last day slow sikit aktiviti.


6. Kompleks Haji Ismail group

Yay shopping time. Memang rambang mata terutama bila tgk coklat. Auwww tak tahan nak grab semua tpi bajet tak banyak. Cuci mata jeww la.


Balik


Flight ktorang malam, so banyak masa lagi. Kalau tak nak rushing tiru macam kami. Flight patot pukul 10.40 pm tapi delay ke pukul 12.25 am dan delay lagi. Pukul 1 am gitu baru berlepas.

Anyway, best la 5 hari sebab dapat cover byk tempat. Tak sempat nak berParachute, lagipon mahal jgk RM90- RM100++

Oklah so anggaran semua2 untuk trip 5 hari 4 malam di Langkawi dalam RM600++ jgk. Mahalnya tu maybe sebab setiap tempat ada bayaran masuk. Tapi ok la kan.

Tu je. Next time Ke mana kita nih??

Babai.


Saturday, 5 March 2016

Langkawi 2016 Part 2


 Assalamualaikum.

Sambungan Part 1

Hari 3

Laut dan pantai time yeah2. Kitorang amek pakej dari AB Travel, harga standard untuk pergi 3 tempat nih Tasik Dayang Bunting, Eagle's feeding, Pulau beras basah adalah RM25 sahaja. Ok la kan. Decide selepas dah survey2 tempat2 lain, lagipon ada yg recommend AB nih. Ktorg kena berkumpul depan AB Motel jam 9 pagi.

1. Tasik Dayang Bunting

Kenapa namanya begitu? Haa jgn ditanya, EN igt2 lupa. Biasalah Langkawi kan pulau lagenda so banyak la cerita2 lagenda. Menarik apa kalo dibaca. So, kalo g tempat2 bersejarah kita baca lah jgk apa yg ditulis kat situ, tambah pengetahuan tntang sejarah gitu.

Tapi tapi.. memang ada dayang bunting tu sampai sekarang. Ada beberapa gunung yang menyerupai dayang bunting tu. Subhanallah, kuasa Allah.

Kena panjat2 tangga dan turun2 tangga baru sampai tasik tau. Tapi berbaloi sebab cantek. Sejam je masa diberi oleh Adek Bot, siapa lambat tinggai.

Kena bayar masuk RM5 untuk warganegara Malaysia. Ada aktiviti kayuh itik RM10 satu itik. Bagi yg pandai berenang free. Bagi yg tak reti boleh jugak mandi, pelampung sewa RM5.

Moh kiter 

Safety itu penting. EN berenang katak je boleh, jika memakai pelampung.

Sampei doh weh demeh. Koi cakak pahang weh

Kome sewa pelampung. Best weh sebab air tak masin. Mcm utk diminum je.

Jom balik. G tempat laen pulak.
2. Bagi makan helang

Bukan boleh bagi makan pon sebenarnya. Org yg bawak bot je yg boleh bagi. Ada 2 spesies helang kat sini. Cantek helang. Bayangkan sblm ni boleh la pegang usap2 cik helang, tapi takda.


3. Pantai beras basah

Pulau persendirian. Boleh mandi kat pantai je. Penceroboh akan didakwa. Adek bot bagi pinjam jaket keselamatan, boleh la berenang. Ada goggle lagi best nih ala2 snorkeling. Pakej snorkeling agak mahal RM100++ jadinya tak amek la. Next time maybe.

From pantai view


Ahhh berat berat, lompat rendah je boleh.


4. Pantai Cenang

Lepas dah bersiar2 tadi kami kena checkout dri ANZ Inn untuk ke Kuah. Tapi sebelum tu jalan2 lagi kat Cenang. Sambil2 tu selfie dulu.

Harapan dapat pergi semua negara di situ.
4. Ayer hangat village

Sampai sini dah nak tutup dah. Tapi sempat lah masuk sambil jejalan. Sunyi takda org pon. Lengang. Oh bayaran masuk RM 6 eh? Kat sini boleh rendam2 kaki sambil buang daki hehe. Ada khasiat rendam kaki dalam ayer hangat, baek utk sendi2. Rebus telur pon boleh masak. Ada jakuzi dan spa. Ada sejarah ayer hangat, kuah dan laen2 yg tak berapa difahami.



Welkam

Cantek jgk tempat nih.

Tempat rendam kaki.

Istana kelulut. Kelulut nih ada madu yg berkhasiat mcm lebah. 

Tembok bersejarah. Bacalah.
5. Dataran helang

Sampai dah Kuah. Tempat wajib singgah. Jumpa Encik Helang yg gagah.



Geopark Langkawi

Before sunset. 

Kat Kuah kami stay dekat Geopark Inn untuk 2malam RM153.

Habis sudah pengembaraan hari ke3.


Langkawi 2016 Part 1


Assalamualaikum.

Bercuti!! Tahun Melawat Kedah 2016.

Kali nilah baru berkesempatan pergi bercuti. Dari start habes PRO Exam lagi duk cakap nak gi sana lah nak gi sinilah. Tak pergi2 jugok. Tapi Alhamdulillah dapat jugak ber-over-the-sea ke Langkawi.

Percutian 5 hari 4 malam. 3 orang. Cik EN, Cik TnieGreenApple, Cik AinIdris.

Mula2 plan nak gi Koh Lipe sekali dari Langkawi tapi memandangkan ada yg tak jadi pergi dan lagi pon perempuan je sume gi tak jadi. Next time In sya Allah.

Tiket flight last minit pergi-balik ditaja AirAsia, no pembetulan, dibeli dari AirAsia adalah RM106 seorang. No luggage, no pick seat. Mahal ke?

Flight pergi Langkawi pukul 6.40ptg. EN dari Pahang sesorang maen redah je sebab first time. So, dari Pahang gini travelnya:

Bas ke Stesen bas Pekeliling 10.30 am. -3jam

Pekeliling (Monorail Titiwangsa) ke KL Sentral 1.30pm - 15minit

KL Sentral (Shuttle bas) ke KLIA2 2pm - 1jam

KLIA2 ke Airport Langkawi 6.50pm - 1jam

KLIA2 sampai awaii amat, 3 lebih so duduk la sambil tunggu Cik AinIdris dari Seremban. Cik Tnie dah kat Langkawi.

First night

Sampai Airport tunggu CikTnie amek. Ktorang sewa kereta, sehari RM50 kereta MYvi. Oklah senang nak bergerak. Kebetulan sewa dgn kenalan akak CikTnie murah sikit. Bernaseb baek dapat naek kereta mewah masa first day sbb kereta Myvi tu tak available lagi.

Pantai Cenang.

Macam kat Bali katanya. Memang banyak kedai dan pelancong. Cucicuci mata dulu tanpa beli apa2. Dalam pukul 10 lebih baru cari makan. Dekat dengan hotel disewa. Kitorang sewa jauh sikit dari Cenang. Eh tak jauh sgt la dlm 10minit. ANZ Langkawi Inn untuk dua malam RM 180. Berpatutan jugak sbb ada aircond sume dan selesa utk bertiga. Guna booking.com senang kan.

HARI 2

1.Sarapan di Gerai Nasi Dagang Pak Malau

Alah gerai ni khabarnya famous dan viral kat laman sosial. Dah sampai sini rugi dop cuba. Memang pemiliknya ramah. Dan popular ramai org duk amek gmba dgn beliau. Ktorg tak sempat sebab lupa sbnarnya. Adalah dia cerita salasilah gerai tu tapi hehe masuk telinga kanan keluar tlinga kiri. Nasi Dagang kat sini not bad. Harga dah lupa haha. Yang penting pemandangan kat situ lawa. Ada sawah padi, lembu, itik. Suasana kampung yg damai gitu.

Rumah Pak Malau. Tradisional. Cantek.
CikAngAng penjaga rumah. 

Tangga rumah yg menjadi tumpuan. Jgn tido bukak mata plz.


Hmmm hmm 

CikAin dan CikTnie

Antik tapi tetap handsome.



2. Makam Mahsuri

Bayaran masuk RM10. First pergi dulu duduk luar je tak masuk. Dah pergi nih masuk masuk jgn tak masuk. Binaan rumah dia dikekalkan. Ada latu renovation ke apa kan. Tapi cantik la senibina rumah dolu2.

Welcome semua.
Pintu rumah Mahsuri.



Nak masak ke. Reti ke haha guna api.

Dekat Pangkin Rumah Mahsuri.

Rumah Tok Penghulu. Yg paling besaq.

Eh ada air. Igt telaga tipu. Ni tempat mandi mahsuri. Rasa nk mandi jgk dek cuacapanas.



 3. Padang Maksirat dan Beras terbakar

Tak perlu bayar nak masuk. Sebab beras yg terbakar tu tinggal semangkuk je. Mungkin dimakan anai2. Tak tak. Nak tahu lanjut sila baca sejarah. Tapi kawasan nih best sebab byk kedai boleh beli belah. Kain batik, kain pelikat lalalala, kain pasang, baju, topi, spec hitam, dan lain2. Harga berpatutan.


Beras mana beras.

4. Air terjun telaga 7

Yang ni pon tak perlu bayar nak masuk cuma bayar parking je. Shocking moment kat sini. Nak jumpa air terjun kena naik tangga dan bukit. Nak tengok Telaga tujuh pon kena naik sampai atas. Disebabkan condition lutut masing2 yg tidak berapa baek kami berhajat nak melihat air terjun je sambil berkelah tenang kan fikiran.

Gagah jua naik tangga. Sambil jalan2 ada la jumpa family nih dia cakap air terjun takda. Tapi sebab tak faham kami pon terus jugak. Alih2 sampai je tak nampak pon air terjun. So memang betol air terjun takda sebab dah kering. Dengar khabar Langkawi jarang hujan dan panas sentiasa, sebab tulah kering. So haripon dah ptg dan kami pon pulang dgn rasa kiciwa.

Daki daki tangga



5. Telaga Harbour & Marina


Bagi sesiapa nak fefeeling kat oversea atau fefeeling kaya datang sini. Parking kat stesen minyak Petronas, jln sikit dan sampai. Byk kapal chantek uollz. Next time kita naek ye kalahkn Che Ta haha.

Mintak tolong pakcik mat salleh tangkapkan. Thank you sir.

Menari pon boleh. Janamjanam pon boleh.


Maka berakhirlah hari kedua kami. Fuhhh gmba je byk. Rajin pulak nk update part laen nanti.

Babai.