Thursday, 21 April 2016

Hajat

Assalamualaikum.

Before anything, picture time dulu. Gambar hujung minggu yg lepas. Jalan2 shah alam tanpa tujuan. Ada 1 tujuan tapi tak tercapai, terpesong jaoh. Duet oh duet hilang mcm tu je dek shopping.

Setia city mall. Tak picnic pon, tgh panas terik.

Big bubbles. Byk takjadi woii pecah2.

Taknak bagi masuk sudah, huh.


Laman seni Seksyen 7 SA.

Paradigm Mall PJ. Tertengok dengan mata sendiri. Mmg tak boleh tgk org pukul2 secara live, dlm TV boleh.


Banyak hajat yg nak dicapai sementara hidup ni. Yalah siapa yg nak hidup yg sia sia. Setakat ni belum pon separuh yg dicapai. Sebab apa yg kita hajati sentiasa diperbaharui, tak gitu. Memang takkan habis la nak list semua. Tapi at least capai yg penting2 dulu la kan.

EN belum pon capai kejayaan yg betul2. Kejayaan yg betul2 tu macam mana pulak? Maksudnya kejayaan yg melibatkan org laen jgk, iaitu org tersayang, my family. Cita2 kena lah selalu tinggi. Tak sabar nak kerja dalam masa yg sama takot. Tapi lambat laun kena hadapi jugak. Nak kerja cepat sebab, nak cepat2 balas budi mak abah. Memang lah duet bukan segalanya tapi tulah banyak benda perlukan duet. Sabar. Walaupon tak terbalas semua, In sya Allah asalkan mereka bahagia.

Punya kehidupan yg menggembirakan. Siapa tak mahu. Makin meningkat usia makin kurg gembira, itu EN. Harap satu hari nanti akan datang sinar2 kebahagiaan. Aduh macam ayat novel eww eww. Punya anak atau zuriat, sendiri atau yg bukan sendiri siapa tau. Asalkan dapat didik jadi seorang yg soleh solehah. Entah kenapa pemikiran EN berkata, ada anak akan lebih gembira haha hopefully. Ehh cakap pasal anak, kahwin pon belum. Ok boleh start pikir da. Ya Allah satukanlah aku dengan jodoh ku Amin :). Biarlah yg taknak pikir pasal kahwin tu biarkan dia.

Menjelajah bumi Allah. Luasnya tak terkata bumi yg Allah cipta, Dapat jejak kaki tempat2 indah sambil membesarkan keindahan ciptaanNya sangatlah menggembirakan. Tempat yg suci, tempat yg wajib dilawati sekali seumur hidup bagi yg mampu, Makkah. Itulah tempat teratas dlm list. In sya Allah bila dijemput nanti sampailah. Jadi, kena lah buat persediaan.

Sebelum menutup mata, EN harap segala kesalahan akan dimaafkan dan EN akan memaafkan org laen. Kosong-kosong semula, bagai bayi yg baru lahir tiada dosa. Doalah selalu , matikan ku dalam keadaan beriman, dicabutkan nyawa dlm keadaan sebaik-baiknya. Lembutkan hati, doa setiap hari begitu supaya tiada hasad dengki. Takot tiada siapa doakan kita, kita punya diri kita sekurangkurangnya yg boleh mendoakan. Aduh. Masih jauh atau dekat ajalku.

Masih banyak lagi hajat tapi takpa simpan. Semoga jadi kenyataan. Sorry ayat berbaku2. Sekian.



Wednesday, 6 April 2016

PRO3 Exam 3rd Batch MBBSMSU

Assalamualaikum.

Fiuh tak sangka. Dah keluar tarikh mohon e-Houseman dan induksi. So kemungkinan akhir bulan5 dah start houseman. Tunggu jelah jawapan SPA. EN redha jelah kalo nama termasuk ke tak. Terima2. In sya Allah.

Oklah walaupon dah 219 hari berlalu sejak Pro3 Exam, EN bagitau jelah pengalaman ini. Untuk kenangkenangan.

Nak cerita part Clinical je. EN kena hari last tau. Bersyukur dan dalam masa yg sama terketar sebab hari last mesti doktor examiner dan patient da penat. Tapi untung sebab dapat sikit tips dari group yg da lepas.

Ktorg exam di Hospital Sungai Buloh (HSB). Sebelum start ktorg berkumpul kat Tingkat9 dan kena undi giliran dulu. So kira bukan ikot turutan nama. Random. EN dpat no.10 dari 30lebih candidates. Awal kan. Kalo boleh EN nak awal2 so takyah neves lama2 sgt. Setiap session 4 org akan pergi. EN session ke3.

Ktorg akan dapat sama ada Medical atau Surgical based untuk Long case. EN dapat Paediatrics wohoo. Mula2 ingat dapat Medical oh no I dun wan dat. Case Asthma u ollz. Alhamdulillah pagi tu sempat revise PeaedsProtocol dengan Kak Soleha time brekfes dekat cafe.

Patient yg berumur 4 tahun dan penjaganya sangat membantu. Terima kasih adik dan maknya. Dipermudahkan masa clerk dan examine. Walaupon tak sempat nak tanya semua. Dengan jantung dupdap tiba2 examiner dah sampai iaitu Dr. Foo from HSB dan Dr. Achama MSU's lecturer.

Mula2 dorang suruh examine patient, suruh auscultate lungs. Dan tanya soklan sikit2. Pastu baru pergi bilik untuk present history dan disoal siasat. Sempat la juga kena marah sebab taktanya soklan basic, pasal berapa frequent patient pakai pump. EN pulak duk blur plus neves time tu so terdiam jelah. Tapi apa2pon alhamdulillah Dr adalah tolong.

Then, untuk Short case, ada 3 cases: Gynaecology, Emergency Medicine dan Surgery.

First station Gynae : Uterus Smaller for date, tak pasti diagnosis yg betol. Tapi sekejap je, kena examine patient punya perut. Pastu Dr. tanya Differential diagnosis. Tu je tak silap huhu. EN pon takot sebab Dr tanya soklan tu je, takot tak boleh pass. Tapi sebab first station maybe dorang still tgh prepare2 kot. Apapon done.

2nd station EM : Acute appendicitis. Part ni interesting sket sebab sblm start short case ni jumpa Dr Zakiah kat surau, doktor EM from HTAR. EN sempat tanya dia silly question, Dr kat sini sebab exam ke? Dia jawab taklah, bersiar2 je. Oho dan tengok2 EN exam dengan dia. EN memang dari dulu paling suka EM dan Alhamdulillah sangat. Soklan mula2, Nak triage patient ni ke zone mana? Vital sign sume dah bagi. Kemudian baru examine patient, kena buat special test untuk appendicitis signs tu, rebound tenderness, Psoas sign dan laen2. Pastu macam mana nak manage patient ni kat ED.

3rd station Surgery : Incisional Hernia. Kena examine dulu abdomen patient. Mula2 tak jumpa pon ada hernia, sebab kat dalam dan tak nampak bila cough reflex. Tapi examiner tolong tunjukkan tempat dan suruh measure. Pastu dia tanya nak examine system apa lagi. Boleh tak terus buat surgery kat patient? Kalo tak boleh kenapa? Patient ada panau kat perut dia, doktor tanya apa skin condition tu, EN serius tak tau time huhu.

So berakhirlah hari yg penuh neves dan penat itu. Tak sampai seminggu result dah keluar dan Alhamdulillah EN pass.

Hari tu rasa macam Allah permudahkan semua, dapat case pon yg EN familiar. Sebab memang EN doa sangat supaya dapat case yg boleh dijawab, patient yg cooperate, dan examiner yg membantu. Power of Doa. Alhamdulillah. Rasaa macam ada yg pertikai EN dapat case senang. Sebab ada yg laen dpat soklan susah. Maybe perasaan EN je tu kot. Tak baek buruk sangka. Biarlah dah ditentukan pon.

Ok dats all my experience :)


Friday, 25 March 2016

Saya suka dia tau.

Assalamualaikum.

....Peringatan. Post ini agak memuntahkan. Sediakan plastik sebelum muntah....

EN adalah anak sulung dari 6 beradik. Dari ramai2 adek, EN paling suka yang bongsu tu. The maknae. Nama dia Nurul Izzah aka MekJah si budak itang, berumur 16 tahun. Bersekolah di SMA Padang Tengku.

First sekali I like her the most sebab dia selalu ketawa mendengar lawak bodoh EN. Lawak yg kadang tak make sense langsung dia boleh faham. Acaner tu. EN suka buat derp face yg selalunya dia je nampak sebab EN tak sanggup buat depan org laen. Dia je yg tau betapa hodoh dan kolotnya muka ku ini.

Lain. Dia selalu layan EN tengok KPOP. Sebagai satu2 je peminat KPOP dalam rumah ni, kadang2 I feel lonely haha. Kalo ada keluar lagu KPOP best mesti EN duk paksa dia dengar. Dan kemudian dia akan suka jugak. Maklum lah sekarang nih kurang lagu2 best jadi yg sedap didengar tula yg best. Ha? Group yang ktorang stan or suka sesama adalah BTS. BANGTANBOYS not behind the scene. Kumpulan hiphop yg trend skrg plus lagu dorg pon best.

MekJah suka makan apa yg EN masak. Well i can cook uollz haha. Western food especially yg dia selalu suruh buat, spagetti macaroni pizza. Sedap je dia main order kekadang tu. Naseb la tu makanan favorite iollz. Nanti kalo rajin EN kongsi resepi sos spagetti buatan sendiri yg simple. Takyah beli sos prego, carbonara la apa la. Kalo rajin ok.

Dia juga yg paling hormat EN. Kot. Yalah nama je anak sulong tapi selalu diejek, diperli. Hidup seorang EN dekat mana2 pon macam tu selalu dibuli. Da redha da. Dia takda la tak melawan cakap, ada la jugak. Bila dia annoyed dengan EN ada lah dia marah sambil halau EN. Nasib seorang EN. Dia jarang marah kalo EN ejek dia tpi dia sentap je. Weollz dulu selalu cakap dia bukan anak mak abah sebab dia gelap sikit. Naseb anak bongsu.

EN rasa dia pon suka EN, sebab tak selalu marah dia. Tak selalu arah2 dia. Suka belanja dia sekarang,dulu tak. Selalu tolong dia buat kerja sekolah kalau mak suruh. Bagi dia pinjam shawl. Dan banyak lagi. EN kaw tak rasa macam masuk bakul angkat sendiri? Ok I stop here T.T

Tu jelah kot. Harap dia tak baca. Nampak sgt EN dah takda idea nak tulis apa kan. Mungkin pasal kucing pon EN post nanti. Uhuk. Kbai.






Wednesday, 23 March 2016

Cita-cita dan pekerjaan. Berbanggalah.

Assalamualaikum

Hai uollz. Rajin puloks si EN mengupdate belog. I just..takda apa nak buat. Internet tenggelam timbul pon masih ada hati. Bersyukur walaupon wifi pinjaman dari sekolah belakang tapi kadang2 laju okai. Kadang2 jew lah.

Menulis blog ni kadang2 best. Padahal bukan ada apa nak tulis tapi bila da tekan button New Post tu ada jelah something nak bebel. Jenis suka berangan. Masa muda dulu teringin jugak nak jadi penulis buku. Apa2 genre pon la. Seram maybe tak. Cinta cintun err macam tak jgk. Ilmiah maybe tapi takda pengetahuan sgt sekarang. Mungkin pasal pengalaman sendiri mcm Diagnosis tu ke. Ala buku terbitan Whitecoat ditulis oleh Doktor2 yg hebat contohnya Dr. Ben aka HeartKL

Sekarang doktor2 da lebih dekat dengan masyarakat. Siapa pengguna tegar Twitter like me ehemm mesti dah follow @MedTweetMY kan. Kat situ boleh la tanya soklan atau kemusykilan tentang kesihatan atau perubatan. Baek kot doktor melayan walaupon kadang2 soklan kelaut. EN jadi pembaca pasif jelah. Tapi kekadang dorang nih menghiburkan. Dan of cors doktor2 ni my inspiration untuk pergi lebih jauh dalam bidang ni. Cehwah.

Teringat soalan time IV: Kenapa nak jadi doktor?

Padahal dah berlatih jawab sebab itu soklan yg dah diexpect tapi still tergagap menjawab. Jawapannya agak cliche, firstly sebab nak bantu keluarga. Dan yg tak cliche sebab dari dulu EN berminat nak join misi kemanusiaan macam MERCY Malaysia tolong mangsa bencana alam atau perang. Satu hari nanti In sya Allah.

Siapa layan K-drama Descendant of the sun (DOTS) ? Lebih kuranglah, kena hantar negara luar tolong rakyat sana. UN Peacekeeper pon best tapi kena jadik askar dulu. Dulu ada la teringin jugak nak jadi doktor askar. Tapi sebab sedar diri tak layak kan sebab bantut huhu.

Walaupon apa2 pekerjaan kita berbanggalah. I am proud to be a doctor. Soon.




Tuesday, 22 March 2016

Cuaca panas ni. Elak strok haba.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya bumi Allah ini dilimpahi hujan. Walaupon  cuma sebentar. Sejuk seketika bumi yg panas ini. Moga cuaca panas yang memanjang ini reda. Apapun ini semua atas kuasanya.

Jaga kesihatan ya semua. Minum air masak banyak2, sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Bagi yg tak reti nak minum air masak tu mcm Cik EN ni makanlah buah-buahan. Kurangkan minum minuman berkafein macam Air gelas besar berperisa Coppucino, Mocha, Cham Coffee walaupun itu favorite kita. Sob sob.

Jangan main panas. Eh jangan dedahkan diri dengan matahari sangat. Kurangkan aktiviti luar. Time nih lah tak digalakkan pergi berjemur di tepi pantai ya. Jangan nak taning kan kulit tu sangat. Ada faedah ke, awak tu bukan mat salleh pon huhu.

Bagi yg dapat cuti sekolah 2 hari, negeri kat utara kan manfaatkan cuti adek2 itu. Duduk rumah tengok tv je sambil ulangkaji. Jangan main basikal kat luar main dalam rumah ajak kawan2. Eh? Mandi sungai pon tak payah kot sebab air surut tinggal lumpur je.

Dengar org berita kata kat tv setakat ni da 2 orang da kena stroke haba. Apakah ia?


Definisi menurut Ketua Pengarah Kesihatan : Strok haba ialah adalah paras suhu badan meningkat melibihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira2 37 darjah celcius.

Antara tanda2 awal strok haba: sakit kepala denyut2, mual, kurang berpeluh walaupon suhu panas dan denyutan nadi jadi laju.
Tanda lain: Otot jadi lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Kenapa bahaya? Suhu tinggi boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak, yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Bahaya kan. Jadi marilah kita sama2 jaga diri. Dengar cakap mak bapak jangan main panas. Minum air masak jangan lupa. Banyakkan berdoa supaya Allah turunkan hujan.

Take care everyone.


Friday, 18 March 2016

Interview SPA Pegawai Perubatan UD41

Assalamualaikum.

Yey AEON Jusco Seksyen 13 Shah Alam dah bukak 10 Mac yg lalu. Beso amat weh. Untung lah bebudak MSU hari2 boleh makan sushi king, boat noodles gtu. Alang2 dah kat S.A ni sempatlah EN pergi tapi tak sempat explore lagi. Next time jika dapat dtg S.A In sya Allah. Babai S.A gonna miss u. Eah.





Oh.

Semalam, hari Khamis EN telah pon ditemuduga oleh SPA di Putrajaya. Semalam ramai berbanding Selasa time EN dan CikAin teman CikTnie IV. Tapi semalam byk panel. 4 bilik temuduga semua. Siap awal sket.

Alhamdulillah, lega dah settle. Antara soklan2 nya :

From SPA
-Introduce yourself.
-Why you want to be a doctor?
-Kalau dapat posting Sabah Sarawak terima tak?
-Apa itu RTC dan UTC, dan apa rasionalnya?
-NBOS itu apa kebenda?

From KKM
-Nanti nak sambung speciality apa? I chose EM
-Kenapa EM?
-Berapa zon triage kat hospital?
-Scenario question, Ada pesakit lelaki umur 50 tahun datang dengan sesak nafas. So apa kena buat kat ED? Mula sampai habes.


Tu jelah kot yg teringat. Any tips? Dorang sebenarnya nak tgk lebih kepada macam mana kita menjawab soklan. Konfiden tak. Gitulah yg EN dgr. Dan soklan basic mcm kat atas skali tu, kemudian dorang akan soal pulak berdasarkan apa yg kita jawab pulak. Harap semuanya pass :)

Wednesday, 9 March 2016

Never gets old

Assalamualaikum.

Dah 2016. Rasa macam baru umur 16tahun, bajet2 lahir tahun 2000 je. My sister lahir tahun tu, bertuah dia masih boleh berlagak muda dan sememangnya masih muda.

Masa EN baya2 tu selalu fikir nak cepat besar, taknak sekolah bangun pagi balik petang. Nak kerja ada duit sendiri. Beli rumah kereta. Tolong mak abah adik2. Hahaha gelak dlm kesedihan, walaupon dah sepuluh tahun semua tu belum pon berlaku. In sya Allah tahun ni baru nak mula berkerjaya.

10 tahun kemudian (2016) kita akan fikir terbalik pulak. Siapa setuju angkat kening. Cliche tak. Kita rasa macam nak kembali ke zaman memakai pakaian seragam berwarna putih, atau pink atau ungu mengikut jawatan masing2 masa tu. Rindu rindu. Siapa tak?

20 tahun kemudian pulak macam mana agaknya kita akan fikir.

Orang yg lahir akhir tahun macam EN akan rasa muda sikit kot. Sebab nak masuk tahun baru, baru umur kita bertukar. Tapi tak jugak bila dah masuk Jubli perak tahun lepas dah mula rasa T.U.A. Walaupon muka bajet2 baby face tapi EN pasti takkan ada org ingat EN budak sekolah dah lepas nih. Yes yes yahoo. Muka dah kedut2 macam ahjumma so mesti dah nmpak matured. Akhirnya. Aaa siyesly EN you are happy?

Bukan apa nanti dah start kerja takda lah org boleh buli kalo muka dah tak kanak2.Apa2pon muka dah tua hati tetap muda. Badan pon kena muda jadi tak lah berpenyakit.

EN post nih sesaje bukan berniat nak memakan hati sesiapa huhu.

Ok jumpa lagi.